Selasa, 11 Disember 2012

al-Fatihah

"Besut, 12 Disember (Bernama) - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011."

Sedih dan terkejut, itu perasaan eika lepas baca berita di atas yang eika ambil dari KLXPRESS.. dari kecil eika membesar dengan pengumuman puasa dan raya dari beliau. Apa-apa pun al-Fatihah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh-Nya... Amin ! 

Semua orang sudah ditetapkan bila akan matikan tapi cuma Allah saja yang tahu bila.. yang masih hidup nie mestilah teruskan hidup, yang penting sentiasa lah ingat Allah dan beriman kepada-Nya... 


Isnin, 10 Disember 2012

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Eika bagi perkongsian yang akan membuatkan kita sentiasa mengingati Allah s.w.t ...

7 Ayat Cinta yang Kekal Selamanya ::

1. Bismillahhirrahmannirahim:
    pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
   pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
   jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
    jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
    bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
    jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
    bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita           tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

*Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

Ahad, 9 Disember 2012

Marble Cheese Brownies!

Assalammualaikum dan Hai
buat si cantik dan si kacak yang sedang membaca entri ini...
huhu.. mesti tengah tersenyum kan.. :)

Ok, dah setahun eika tak update blog nie.. Now rasa nak start semuanya balik dari mula.. sambil-sambil eika upgrade kan lagi blog nie, sempat juga la nak update satu entri buat mak teh tersayang yang request resepi nie.. Pembaca lain pun boleh ja kalau nak ambil, apa salahnya berkongsi ilmu kan.. Ini entri first untuk tahun 2012.. Ehh cik eika oi, dah akhir tahun pun laa.. huhu.. Macam yang tertera kat tajuk tue la.. Marble Cheese Brownies... Eika dapat resepi nie dekat Dapur Tanpa Sempadan iaitu pemilik blog dia Mat gebu.. Macam-macam resepi ada kat blog Encik Mat nie, selalu juga eika buka dan baca.. Thanks ya mat untuk resepi nie .. :)

Resepi yang eika bagi nie tak da la 100% dari resepi Encik Mat ya.. sebab ada yg encik mat guna tapi eika tak guna pun... Ok, boleh scroll ke bawah lagi.. :)



Maaf jika kelihatan sememeh ya, maklum la percubaan pertama..


Bahan-bahan Brownies ::
  250 gram mentega
  1 cawan serbuk koko
  1/2 cawan susu cair
  1 1/2 cawan gula halus
  3 biji telur
  1 1/2 cawan tepung gandum*
  1 sudu teh baking powder*
  1 sudu teh soda bikarbonat* (yg ada star-star kat atas tue satukan dan ayak sekali ya)
  1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat ::

Sediakan loyang dan sapukan mentega di permukaan tapak serta sekeliling loyang. Panaskan oven pada suhu 175C.
Cairkan mentega dgn kaedah double boiler kat atas dapur hingga cair. Masukkan serbuk koko (eika ayak dulu serbuk koko nie) dan kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
Di dalam bekas yg lain, kacau gula halus dan telur menggunakan handwhisk hingga sebati. Ambil campuran mentega dan serbuk koko, tuangkan di dalam bekas gula + mentega dan gaul rata. Masukkan susu cair, gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sebati. Masukkan esen vanila, gaul sebati. Asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 sudu besar, masukkan siap-siap dalam piping bag (eika guna plastik dan tebuk lubang kat hujung plastik ja, senang.. hehe) untuk dibuat corak marble di atas cheese nanti dan selebihnya boleh la tuang dalam loyang ya. Kemudian masukkan dalam oven, bakar dalam 25-30 minit ataupun hingga brownies masak...


Bahan-bahan Topping Cheese ::
  250 gram cream cheese
  1 biji telur
  3/4 cawan gula halus

Cara Membuat ::
Dalam 15 minit lagi brownies tue nak masak, boleh la putarkan topping cheese nie..
Masukkan cream cheese, gula halus dan telur dalam bekas. Putarkan hingga berkrim. Kemudian ambil keluar brownies yg dah masak tuedari dalam oven, tuangkan topping cheese atas brownies dan ratakan. Paipkan brownies yg di isi dalam piping bag tadi di atas cheese secara selari dan ambil lidi larikkan secara bersilang (paham kot noh).. hehe.. Masukkan balik di dalam oven selama 15-20 minit lagi ataupun hingga masak. Biarkan betul-betul sejuk baru potong.. yg eika buat kat atas tue tak sempat nak sejuk, dah potong.. huhu


Ok, setakat tue ja la.. Selamat mencuba ya!
Kalau dah cuba tue, jangan lupa kat eika ya..
hehe "(^_^)"

Sabtu, 18 Jun 2011

Cinta Sejati"

Cinta itu byk pengertiannya,
tp bg aku Cinta adalah Kawan Sejati..
org yg mencintaimu mskipun tlh mengenalimu
dgn sbnar-bnarnya iaitu baik dan buruk mu..
Setiap yg kita lkukan biarlh jujur
krna kejujuran itu trlalu pnting
dlm sebuah kehidupan,
tnpa kejujuran hdup sntiasa
mnjadi mainan org..
oleh itu, jgn trtarik kpd sseorg krn parasnya,
sbab keelokan paras dpt mnyesatkan..
Jgn pula trtarik kpd kekayaannya,
krn kekayaan dpt musnah..
Tertariklah kpd sseorg yg dpt mbuat mu trsenyum,
krn hnya senyuman dpt mbuat 
hari-hari yg gelap mnjdi cerah..
Ibarat kta org,
stiap bunga mawar psti ada durinya..
dri kesusahan itu,
akan diperolehi ksenangan dan kbahagiaan..
sprti durian bduri krn sedap isinya..
kulit manggis pahit krn manis di dlamnya..
bnga ros bduri krn harum baunya..
dan jika sseorg hadir dlm hdup kamu
serta mnjdi sbhagian drpd kamu,
ttpi atas sbab trtentu dia trpaksa prgi..
jgn trlalu sedih !
terimalh knyataan itu dan skurang-kurangnya
dia pernah membahagiakn kamu..
ttpi apabila ada yg datang
jgn biarkan ia berlalu pergi..
dan jika esok kalau ia masih bertandang
jgn harap ia akan datang kembali....

thx coz read it !
jmpe agy utk next post yay !

Khamis, 28 April 2011

dia yang telah pergi.

Assalammualaikum. . .

Malam nie diri ini. terasa sedih sangat sangat, sangat sangat sedih.
dua hari dia tak mesej. Rupa rupanya dia dah pergi berjumpa Kekasih Yang Satu.
tinggalkan insan yg menyayangi dia bumi sementara ini.           

Walaupun dia hanya SAHABAT.

Meskipun baru sebulan lebih menjadi sahabat, tapi rasa sayang itu macam dah bertahun kenal.
Dia seorang yg baik. Dia seorang yg sangat mengambil berat.
Dia juga seorang yg tidak kedekut ilmu, selalu membantu dalam pelajaran aku.
Dia tak pernah merungut bila diri nie minta dia bantu dalam pelajaran walaupun masa itu dia letih bekerja.

p/s : 
awak, saya dah habis exam. lega rasa.

awak tahu tak, pagi 28/04/11.

saya mesej awak, bagi tahu yg saya ada paper last petang nanti..
kan awak penah cakap yg awak nak saya bagi tahu awak tiap kali sebelum saya p ambil exam..
tapi mesej saya tak "delivered" kat awak, saya fikir mungkin awak off fon..
tapi....

awak tahu tak, pagi 27/04/11..
saya ada hantar gambar kat awak.
kan dua hari sebelum tue awak ada cakap, awak rindu nak tengok gambar saya,
tapi tiap kali saya send mesti "failed".
lepas tue awak cakap, tak payah send dah la..

pagi tue memang saya boleh send gambar tue kat awak.
tapi gambar tue tak "delivered" kat awak, saya fikir awak mungkin tengah kerja, awak off fon awk.
tapi....

awak dah dua kali nak datang jumpa dgn saya, tapi saya sibuk dgn study.
so, awak pun cakap tak nak ganggu saya..
awak cakap nak jumpa dgn saya bila saya dah habis exam.
tapi....    awak yg pergi tinggalkan saya dulu. 

saya ingat lagi, masa saya nak exam mechanics, saya nangis risau tak boleh jawab exam esoknya.
awak cakap kat saya, 
"dah la tak nak ngis2, tak comel la bila awk ngis, awk mesti boleh buat, sye tahu awak boleh"
awak tahu napa saya boleh?
sbb kata-kata semangat yg awak dah bagi pada saya, doa saya pada Allah,
dan awak kongsi tips study awak tue, yg membolehkan awak dapat AKJ tiap-tiap sem dgn saya.
awk, lepas nei mesti saya akan rindukan awak, sebab tak kan ada lagi mesej dari awak. 
hanya mesej awak yg lepas ja akan jadi pengubat rindu saya pada awak.
saya ingat lagi, tiap kali kalau saya hantar mesej kat awak, mesti awak akan tanya,
"rindu kat saya ke :)?"
tapi....

tak kan ada lagi ayat tue lepas nie.
awak dah lama tak on fb awak..
bila saya tanya kenapa, awak cakap broadband awak tak bayar lagi.

dapat gaji hujung bulan nanti baru awak nak bayar..
hehehe.

saya dah lama tak ym dgn awak.
tapi saya tak kan dapat ym dgn awak dah sampai bila-bila.
awak juga penah cakap kat saya, bufday awak nanti awak nak hadiah.
padahal bufday awak lambat lagi. hehehe.
awak tahu tak, saya dah fikir tau nak bagi hadiah apa kat awak.
tapi....

bila awak kerja, awak rajin buat ot.
kta awk, "ya la, nak belanja awak makan juga nanti"

urmmm..
tapi semua tue tak kesampaian. kita hanya mampu merancang, Allah yg tentukan segalanya.
saya minta maaf banyak-banyak kat awak.
halalkn segala ilmu yg awak pernah bagi pada saya.
 muhamad zahir
 
* awak, semoga awak ditempatkan dikalangan org-org yg beriman.
semoga awak tenang disana. Amin.
saya akan igt dan simpan segala nasihat yg awak berikan pada saya.

ini ja yg mampu coretkan. . .
tak mampu utk menahan air mata. . .
AL-FATIHAH buat arwah. . .
yg pergi : 27/04/2011. . .