Selasa, 11 Disember 2012

al-Fatihah

"Besut, 12 Disember (Bernama) - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011."

Sedih dan terkejut, itu perasaan eika lepas baca berita di atas yang eika ambil dari KLXPRESS.. dari kecil eika membesar dengan pengumuman puasa dan raya dari beliau. Apa-apa pun al-Fatihah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh-Nya... Amin ! 

Semua orang sudah ditetapkan bila akan matikan tapi cuma Allah saja yang tahu bila.. yang masih hidup nie mestilah teruskan hidup, yang penting sentiasa lah ingat Allah dan beriman kepada-Nya... 


Tiada ulasan: