Ahad, 9 Disember 2012

Marble Cheese Brownies!

Assalammualaikum dan Hai
buat si cantik dan si kacak yang sedang membaca entri ini...
huhu.. mesti tengah tersenyum kan.. :)

Ok, dah setahun eika tak update blog nie.. Now rasa nak start semuanya balik dari mula.. sambil-sambil eika upgrade kan lagi blog nie, sempat juga la nak update satu entri buat mak teh tersayang yang request resepi nie.. Pembaca lain pun boleh ja kalau nak ambil, apa salahnya berkongsi ilmu kan.. Ini entri first untuk tahun 2012.. Ehh cik eika oi, dah akhir tahun pun laa.. huhu.. Macam yang tertera kat tajuk tue la.. Marble Cheese Brownies... Eika dapat resepi nie dekat Dapur Tanpa Sempadan iaitu pemilik blog dia Mat gebu.. Macam-macam resepi ada kat blog Encik Mat nie, selalu juga eika buka dan baca.. Thanks ya mat untuk resepi nie .. :)

Resepi yang eika bagi nie tak da la 100% dari resepi Encik Mat ya.. sebab ada yg encik mat guna tapi eika tak guna pun... Ok, boleh scroll ke bawah lagi.. :)



Maaf jika kelihatan sememeh ya, maklum la percubaan pertama..


Bahan-bahan Brownies ::
  250 gram mentega
  1 cawan serbuk koko
  1/2 cawan susu cair
  1 1/2 cawan gula halus
  3 biji telur
  1 1/2 cawan tepung gandum*
  1 sudu teh baking powder*
  1 sudu teh soda bikarbonat* (yg ada star-star kat atas tue satukan dan ayak sekali ya)
  1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat ::

Sediakan loyang dan sapukan mentega di permukaan tapak serta sekeliling loyang. Panaskan oven pada suhu 175C.
Cairkan mentega dgn kaedah double boiler kat atas dapur hingga cair. Masukkan serbuk koko (eika ayak dulu serbuk koko nie) dan kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
Di dalam bekas yg lain, kacau gula halus dan telur menggunakan handwhisk hingga sebati. Ambil campuran mentega dan serbuk koko, tuangkan di dalam bekas gula + mentega dan gaul rata. Masukkan susu cair, gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sebati. Masukkan esen vanila, gaul sebati. Asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 sudu besar, masukkan siap-siap dalam piping bag (eika guna plastik dan tebuk lubang kat hujung plastik ja, senang.. hehe) untuk dibuat corak marble di atas cheese nanti dan selebihnya boleh la tuang dalam loyang ya. Kemudian masukkan dalam oven, bakar dalam 25-30 minit ataupun hingga brownies masak...


Bahan-bahan Topping Cheese ::
  250 gram cream cheese
  1 biji telur
  3/4 cawan gula halus

Cara Membuat ::
Dalam 15 minit lagi brownies tue nak masak, boleh la putarkan topping cheese nie..
Masukkan cream cheese, gula halus dan telur dalam bekas. Putarkan hingga berkrim. Kemudian ambil keluar brownies yg dah masak tuedari dalam oven, tuangkan topping cheese atas brownies dan ratakan. Paipkan brownies yg di isi dalam piping bag tadi di atas cheese secara selari dan ambil lidi larikkan secara bersilang (paham kot noh).. hehe.. Masukkan balik di dalam oven selama 15-20 minit lagi ataupun hingga masak. Biarkan betul-betul sejuk baru potong.. yg eika buat kat atas tue tak sempat nak sejuk, dah potong.. huhu


Ok, setakat tue ja la.. Selamat mencuba ya!
Kalau dah cuba tue, jangan lupa kat eika ya..
hehe "(^_^)"

Tiada ulasan: